Tajuk:Pembangunan
Akademik Sukan:Pemangkin Industri Sukan Di Malaysia
Penulis:Megat Ahmad
Kamaluddin Megat Daud
Isi-isi Penting:
Perkembangan industri sukan negara semakin pesat dan
menyeluruh.Kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau “hub”
sukan di rantau ini.Malaysia sedang menjana kepakaran untuk menganjurkan
temasya sukan peringkat antarabangsa.Semua sektor industri konvensional daa
kaitan rapat dengan industri sukan.Industri sukan adalah gabungan berbagai
bidang.Industri sukan merupakan satu sektor yang mempunyai pembahagian yang
banyak.Kerajaan amat menitikberatkan pembangunan sukan.Sektor sukan sebagai
hiburan adalah satu sektor yang paling tampak di Malaysia. Acara sukan terus diadakan
memandangkan wujudnya pelbagai prasarana bertaraf antarabangsa.Sistem
perhubungan yang canggih dan kewujudan Koridor Raya Multimedia juga membantu
menjadikan Malaysia pilihan lokasi Penganjuran sukan antarabangsa.Sektor
pelancongan sukan adalah suatu sektor yang semakin berpotensi menjana
pendapatan.Sektor pembuatan dan pengagihan produk sukan juga wujud di Malaysia.Impak
ekonomi dan penggandaan sukan amat besar.Beberapa institut pengajian tinggi
awam dan swasta tempatan mula menawarkan program akademik berasaskan pengajian
sains sukan dengan Universiti Malaya pada tahun 1995 sebagai pelopor bidang
ini.Perkembangan bidang pengurusan sukan tempatan banyak dipengaruhi oleh
negara-negara maju.Amerika dianggap sebagai perintis di dalam bidang sukan
sebagai perniagaandan hibura dalam industri sukan secara globalnya.Malaysia
juga menggunakan Amerika sebagai model untuk keunggulan sukan.Seorang bakal
pengurus sukan harus memilih satu progran akademik yang dapat memenuhi segala
keperluan asas pengurusan sukan.Di Malaysia masih belum ada usaha-usaha oleh
mana-mana pihak untuk mengenal pasti kandungan asas kursus yang ditawarkan oleh
program akademik sukan.Pengurusan sukan tempatan harus peka terhadap perubahan
aliran pengurusan industri sukan.Negara sedang menuju ke arah profesionalisme
di dalam pengurusan sukan.
No comments:
Post a Comment